// MUSIC ♥
Disclaimer


BILA TANGAN MULA BERKATA-KATA :)

Back to entry
Meet the owner
Exchange links




Let's Chat!



Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® NAZATUL ATILAH 2012.


Older Posts →
Dear Friends :')
Friday, 24 May 2013 , 20:39 , 0 Comment[s]



Tiba tiba aku terfikir ,sepanjang 18 tahun aku dah hidup ,apa sumbangan aku untuk agama or ummah ?
ada ke aku sumbang pape ?bila fikir pasal ni , aku rasa SUCKSS gila ,teruknye aku ,
18 tahun bukan lah umur yang muda lagi ,umur 18 dah cukup matang untuk membezakan yang baik dan yang buruk ,dah cukup matang untuk mengeluarkan idea idea yang bernas ,dah mampu untuk memimpin ,dah mampu nak mengubah dunia.

okay , lets not talk about global , skop negara pun tak payah lah sentuh dulu ,what if kita start dengan persekitaran kita , or lebih spesifik , yang selalu rapat dengan kita ,KAWAN kan ,pernah tak kita terfikir ?
dah cukup baik kah kita sebagai seorang kawan ?aku pernah terjumpa satu quote

"kawan yang baik ialah :apabila kita tengok dia , kita ingat Allah ,bila bercakap dengan dia , ilmu kita bertambah ,setiap tingkah laku dia mengingatkan kita kepada akhirat "

so lets think ,ada kah kita sudah memenuhi kualiti untuk menjadi kawan yang baik ?kadang kadang aku terfikir ,adakah aku lagi senang membuatkan kawan kawan lagho or buat kawan kawan ingat Allah ?ade tak dorang ingat Allah bila kawan dengan aku ?ade tak action aku yang buat dorang terfikir pasal hereafter ?ade tak ?korang ? ade tak ?

Ya Allah , baru aku sedar ,aku masih terlalu jahil mengejar dunia ,patut lah lately , semakin lama semakin aku rasa hidup aku kosong sangat sangat ,walaupun pada zahir orang lain macam tengok senang je aku dapat nikmat pelbagai ,tapi korang bukan duduk di tempat aku sekarang ,kalau lah korang boleh rasa ape yang aku rasa sekarang , semuanya KOSONG -bukan lah nak kata aku tak bersyukur or what  ,
cuma aku tak boleh rase nikmat tu bila mana aku sorang je dapat,tapi aku nak mampu nak tarik kawan kawan sekali ,aku rase KOSONG -aku tak mampu nak describe macam mana rasa tu .

aku rasa aku terlalu sibuk memikirkan dunia ,dulu aku sibuk fikir pasal exam , result , scholarship . universiti ,  and so on ,sibuk fikir dan takut ape nak jadi kalau tak dapat scholarship ?ape jadi kalau kat Universiti nanti gagal ?ape jadi kalau aku tak dapat kerja best best , gaji ciput and bla bla bla ?
tetapi kadang kadang aku termenung sendiri ,aku terlalu mementingkan diri , aku fikir masa depan aku , pastu nak yang baik baik je pulak tu .rasa nak hidup bahagia je sepanjang masa , dan masih pegang prinsip "lantak la dorang , janji aku bahagia".suddenly , gambaran wajah saudara saudara palestin kita muncul kat kotak fikiran aku .

ye , aku terlalu fikir masa depan aku .tapi aku lupa pada mereka :'(
nanti kat akhirat kita semua akan disoal , ape sumbangan kita untuk Islam?ape kita buat waktu saudara saudara kita tengah dalam kesusahan , penderitaan ?and at that time , ape yang kita mampu jawab ?
kita nak jawab camni ke "entah lah , tak terfikir pulak ,dulu fikir pasal diri sendiri je"fikir !

18 tahun hidup ,mungkin kat sekolah kita pernah dapat anugerah macam macam . tokoh itu lah , tokoh ini lah ,dan macam macam lagi kejayaan yang kita tempa kat sekolah ,tapi guys , ape je yang kita dah buat untuk Islam ?atau ape sumbangan kita untuk ummah ?

persoalan persoalan ni mesti selalu kena ada dalam kotak pemikiran kita ,supaya kita sentiasa beringat ringat dan saling mengingat ,yang menaik kan lagi semangat aku untuk menulis post ni adelah sebab ,
 beberapa  minggu lepas aku join program kembara hadis di tempat aku, aku jadi fasilitator yang disertai oleh budak budak kecik umur 6-12 .dan aku and sorang lagi partner aku dapat satu group ,
and tanggungjawab kami ade lah untuk melatih budak budak tu menghafal hadis .baru aku tau , susah sangat ,.bayangkan lah kalau ade yang dah besar pun susah nak suruh hafal ,
ni pulak nak suruh budak umur 6 tahun yang masih terlalu mentah untuk memahami maksud maksud ayatuntuk menghafal hadis .

tetibe pulak semalam aku jadi penyabar gila , ajar dorang baca dan hafal satu satu .
tetapi at that time jugak , aku dapat rasa sangat lah mulia tugas seorang guru ,tambah tambah guru agama yang nak membaja students dengan ilmu ilmu dunia akhirat .and aku dapat rasa perasaan yang OHSEM bila kita ajar , dorang paham dan dorang ikut .rasa macam aku dah menyumbang sesuatu kepada ummah ,
O' Allah . moga amal tu menjadi salah satu sumbangan ku kepada islam dan ummah :)


okay , back to the topic ,

orang lain mungkin nampak aku macam sentiasa happy go lucky ,nampak aku macam sentiasa positif ,
nampak aku macam sentiasa nak motivate orang ,yeh but know what ? kadang kadang great talkers are little doers ,cakap tu adelah benda yang senang , tapi untuk melakukan adelah sangat sangat susah ,
sampai sekarang , aku masih dalam proses memotivasikan diri aku ,aku masih dalam proses mencari yang terbaik dalam diri aku.

  Nazatul Atilah adalah seorang yang ego

so true , ape yang orang nampak pada zahir aku as seorang yang happy and bla bla bla that .adelah kerana ego aku yang sangat tinggi ,ego aku menghalang aku untuk menunjukkan aku menderita , sedih , kosong and so on .ego aku menyuruh aku untuk berpura pura jadi kuat , heartless .tapi hakikatnya aku tersangat lah rapuh . hanya Allah je tau aku macam mana .aku tau , masih ada benda yang aku masih belum buat :'(

guys , aku mintak maaf tersangat sangat ,aku maybe bukan kawan yang baik ,
aku tak mampu nak cakap kat depan , bagi tazkirah and so on .aku pun bukan baik mana , terlalu banyak cacat cela . banyak sangat :'( .kadang kadang aku rasa kawan kawan aku adelah jauh lebih baik dari aku .
guys , aku nak korang ingat ni ,jangan rasa jealous dengan nikmat dunia yang orang lain dapat tapi korang tak dapat ,tapi jealous lah dengan nikmat akhirat nanti , itu jauh lebih baik dan bahagia bagi orang yang dapat .guys ,  please reminds your friends of Allah .mungkin kita leka sebelum ni but its not to late ,
why dont kita merajinkan diri text kawan kita tetibe "eh , jom solat dhuha nak ?"
kalau aku dapat text cemtu , aku mungkin akan rasa malu sikit dan lama lama kita akan terdorong untuk buat sekali ,tak pon post kat fesbuk " baca dengan suara sekejap , Astaghfirullah-astaghfirullah-astaghfirullah, erm , dah 3 tiitk hitam kat hati berjaya dibersihkan :) "
status macam ni ade lah so great , sebab kita mengajak kawan kita beristighfar seketika walaupun dengan sekadar membaca status kita .

erm . jom lah kita menyumbang sesuatu kepada Agama dan ummah ,
tak banyak  , sikit pun dah ohsemmm .



notakaki : tengah cuba sembuhkan penyakit penyakit hati




12 APRIL 2013
Friday, 12 April 2013 , 08:58 , 0 Comment[s]
Dari Facebook :)

10:45 Malam 

Assalamualaikum.

Haaaa ,sebelum aku bercerita kisah dongeng sampai ke Afrika nie ,meh wish happy besday reramai kat aku .Lekass.Lari lari anak ke sini meh.Cepat!Masa itu emas.Ayuuhhh!Haha .Satu dua tiga.*okay,semua gila -.-' Haha.Memalam cenggini aku sepatutnya takde mood nak menaip bagai.Aku tak nak meletihkan tangan aku nie.Sebab dah jenuh dah dari siang tadi aku kat rumah.*haa,ape kena mengena ngan tangan aku nie?Ayoyo Atilah gila k Atilah gila -.-'Yang sebenor-benornya aku nak kongsi kebahagiaan yang aku alami a whole day disebabkan parents ,siblings ,and kengkawan yang membuatkan aku rasa nak jerit ,gelak tersenyum and sebak pon ada.Okay panjang benor lah pulak muqadimah aku kan.k ,abaikan .

First meh aku cite ape yang terjadi malam before bufday aku.
Malam tuu aku rajinkan diri tuk mengonline sampai la pukul 3:00 pagi.Tak yah terkejut bagai la kome sebab aku kalo dah mengonline mmg tak ingat nak tidur.Tapi kalo time makan mmg aku dah setkan kat mind okay,stop jap tuk makan then sambung ngadap dunia ICT.Haha.Tuu la Atilah.Ngonline memanjang je taunye.Malam tu sepupu aku dah tido lebih awal.So ,tinggal aku sorang je yg tak membute lagi .Bila aku on fb aku tengok noti aku nyala.Haha.Pastuh aku tengok rupe rupenya adalah beberapa insan yang baik hati dah wish kat wall aku even blm lagi pukul 12.*Awww,bapak baik lah korang.Hmm nmpk sgt tak nak terlewat wish kat aku kan?sbb tuu rela bermati-matian tahan mata dari tido semata-mata nak curi peluang wish kat aku.Okay *gedik =.= 

Secondly,aku tak ingat sangat pukul bape time tuu tapi yg aku tau akak aku wish kat aku.Ohh yeah.Sebab sayang la tu yang menyebabkan dia wish kat aku ."Akak malu sbb tu wish pkai text je".Wekk beria!Tak nak otp sebab tak biasa baik-baik ngan adik sendiri .Haha.Ape ape pon aku tetap reply text dia.Tapi bukan time tuu jugak.Aku reply hari esoknya iaitu harinie la pukul 1:30 tengahari.Haha.Yang penting janji ucap thanks.Tanda aku appreciate .Hoho .Baikkan aku :P 

Pastuh pastuh ,alaaaaaaa,aku dah tak boleh nak sambung lah.Sebab aku dah ngantuk sgt.nanti esok aku sambung balik dengan panjang panjang k.Syes.hati dah malas .tangan dah takde tenaga.Errr,actually nak tengok Running Man jugak nie.Tak focuslah kalo sambil menaip sambil tengok Running Man.Okaay lah jumpa esok belog ;)

NOTA HATI :Selamat malam .Tahniah Atilah sebab dah remaja.Happy besday to me .
May Allah ease everything that I did .InsyaAllah :)
                             

Terharu :)
Saturday, 16 March 2013 , 11:27 , 0 Comment[s]
Assalamualaikum .

Hoii hoii belog .Kalo tengok kat jam skang nie lagi 2 minit nak pukul 1 .Maaf ye.Aku mengupdate belog nie bknnya tengah hari bute,but pepagi time time kelawar baru nak kuar dari gua cari mangsa .Haa.Aku tengah mengadap TOSHIBA nie.Aku pon tak tau kenapa aku rajin sesangat tak tido harinie.Biasanya ,pukul 11 lebih aku dah menguap and terlelap .But now segar bugar macam baru lepas kena simbah dengan air pili bomba .I dont know why .Maybe minda mintak dibuka suruh coret satu cite nie.Haaa :)

Kalo tengok tajuk utama aku ,trang tang tang tulis TERHARU means aku terharu ngan membe askfm aku yang sorang nie .Well said ,aku tak kenal dia .But ada sumthing yang menyebabkan aku seronok kawan ngan dia.Bukan maksud aku ,yang aku tak suka berkawan ngan kengkawan askfm yang lain.Tak.bukan cenggitu maksud aku ! *mohon jangan terasa kawaaan .Heee.

Nama budak laki nie Aqeel .But nama panjang dia ,aku tak tau and tak ingat.Haha .Aku nak cerita pasal dia sbb dia lah satu satu nye membe kat askfm yang pandai menjawab setiap soklan yang aku bagi .Mana taknye ,kalo aku tanye soklan kat orang orang yang aku tak kenal ngan soklan yang mencabar skit confirm merepek bagaii.Lahaaii korang , korang tak nak open minda korang leteeewww nak jawab soklan aku,kan kan? Huahuahua .*jahat sungguh aku .Memain je lah korang .

Kalau aqeel nie ,bagi aku dia try and try jawab.Kalo boleh dia mesti nak jugak jawab soklan soklan aku .Errr,confirm korang nak tau soklan ape le tuu kan?Haha ,bajet mcm ssah bebenor je soklan aku tu.Tapi takde lah sampai soklan Physics ,Chemist bagaii aku nak bagi -.- *tuu pon belum tentu aku boleh dapat jawapannye .nie kan memandai nak suh orang lain jawab.Ceehhh !Aku tanye soklan yang ada kena mengena ngan kehidupan seharian kite sendiri .Kalau boleh aku nak print scrint balik jawapan dia ,but hilang copy tuuu.Ntah kat celah mana campak pon aku tak tauuu.Kat dekstop pon ntah kat mne aku letak pon tak ingat *nyanyuk sungguh ,Atilah :/

Mula mula aku kenal dia ,aku pandang profile dia macam nak tak nak je .Tgok pakai sebelah mata je woiii.Haha *beria !Selang beberapa hari pastuh aku bukak askfm ,pastuh aku tengok kat home ,penuh nama dia je .Scroll punya scroll sampai bawah banyak nama dia .Ramai sangat orang tanye soklan kat diaa.Haha.But then ,aku tak tau kenapa aku tak puas hati sangat .Last last aku bukak profile dia then aku tanye direct soklan nie kat dia .


Haaaa ,kan dah kena seliang .Nie sebab bengang tak tentu pasal namanyeHaha .Kejam tak aku tanya direct cenggitu .Heee .Siap speaking gituu Aqeel nie.Lepas dia jawab soklan aku ,aku bengang lagi.*tak abis abis bengang nye aku nie -.- mana taknye ,asaiii la dia beria sangat nak jawab dlm bahasa inggeris nie .Haiissh ,pastuh last last baru aku tau kenapa dia speaking London bagai .Nie jawapan kepada soklan aku seterusnya :)

Engkorang yang kat ceruk sana nun tak yah la terkejut sangat ye.Heee .Memang dia orang philippines tapi yang buat aku teruja sampai terloncat-loncat macam bebudak nie *nie tipu je ,sebb dia pandai cakap Melayu and paham Melayu .Woaahhh .Anyway ,korang jangan tuduh dia ,cakap yang bebukan yang konon nye dia nie saja nyamar la nak dapat attention orang la ,ituu laa ,ini laa .Noo laa korang .Dia memang nak sesangat stay kat Malaysia but papa dia *amboii papa.Haha ada urusan.That's why dia kena stay kat Arab Saudi .heeee .Camtuh la asal usul kedatangan dia .

Nak dishortkan cerita ,aku takde lah ramah sangat .But ,sesekali tuu aku memang rajin menegur orang .Ramah le katakan.Haha !*poyo !Tapi sejak tuu aku memang suka kacau Aqeel .Sebab dia nie muda setahun je dari aku .Macam kawan junior lah katakan.But takde istilah adik terangkat ye .Kawan di laman sosial.Heee.Ramah punya ramah ,sampai pecah perut layan kerenah kanak kanak ribena nie ,tetiba dia kata kat aku yang dia suka berkawan ngan aku .*blushing* haha .Okay ,I admit it.Aku pon seronok berkawan ngan orang luar negeri nie .Setidak tidaknya aku ada penpal.Haha :) Aku suka tanye dia macam mana life dia kat sana .Belajar macam mana ,tempat apa yang best and etc la.Conclusionnye ,best la berkawan :)

Haaa ,sampai kan one day ,dia send sumthing kat aku .Nah,dia buatkan fansign untuk aku.Haha .Aku pon terkejut .Sepanjang aku menaip naip kat askfm nie tak sangka pulak dia ada masa buat bendalah tuu .Huuuu,terharu sungguh .Thanks adik Aqeel oiiii .Teruja dapat .Appreciate it :)

Siap ada bunga lagi tuu.
Syukran ya Aqeel .

Haha.Aku tak nak cite panjang lebar lagi.Tak larat .Hee.Tak lama lepas tuu ,dia bagitau yang dia ada hal and dia bz ngan macam macam .So ,dia mintak maaf and macam macam dia luahkan sambil tangan dia asyik menari nari kat atas keyboard .*katanya laa.Haha.Aku pon sama gak.Bagitau rasa seronok dapat berkenalan ngan kawan dari Arab nie.Haha.And and and korang tengok kat bawah nie .Rasa sayang seorang adik terhadap kakak askfm dia nie yang berada jauh di mata.Haha .*gurau .Kawan sahaja !

Maaf ,kecik.Perbesarkan la bebola mata anda.Haha .Takde pape sangat pon.Coretan akhir dia je tuu sebelum dia ttup account dia.Okayy.tamat sudah.Cenggituu la citenye!Anyway ,berkawan ngan ramai orang nie seronok but ada batas batas dia.Jaga adab kita .Nak kenal boleh tapi pandai bawak diri .Jangan terpesong sudah .Nie pesanan tuk aku jugak.Anyway ,aku seronok dapat kenal ngan adik Aqeel nie.Muka matured abis kalah Zayn Malik.Hahaha .Tuu je lah korang oii.Dah pukul 2.15 pagi.Lagi sekali aku nak tegaskan .Dah pukul 2.15 PAGI !Haha.Kelawar nak masuk gua dah sebab dah ngantuk.And mangsa kelawar tak jumpa jumpa sebab sume dok pakat tidur .Okay lah ,thanks for reading ,guys .Hoping tomorrow lebih better than harinie ,okay?InsyaAllah .Wallahualam.

NOTAHATI :Ngantuk .Tangan dah letih .Kaki dah kebas .Mata dah kabur.Semua nie gara-gara nak tido.Assalamualaikum.Nites~








Salute :)
Friday, 15 March 2013 , 02:39 , 0 Comment[s]
Assalamualaikum.


Baru je aku bukak belog nie ,tetiba aku nampak sarang tarantula keliling sana sini.,mengacau sungguh.Err,*poyo sungguh ayat.okay.Back to basic.Act ,aku nak sangat sangat story pasal kengkawan aku je kat sni.Kalau boleh setiap entry aku penuh ngan cerita kengkawan and family aku je. Sebab this is my life.What that I've been through for many years and ape yang bakal aku lalui nanti.InsyaAllah lepas nie aku bakal jadi seorang siswi.Haaa,kat sesape yang tak tau siswi tuu ape ,silakan kejar pak cik and mak cik google translate.Haha.*memain je.

Siyes ,bila aku tengok style abg aku dari dia skolah menengah until dia dekat Universiti ,aku nampak perubahan kat diri dia.Perubahan macam mne?Haa.Dia nampak laa dah matang .Kalo dlu perangai unmatured dia ada je kat merata-rata.Kalo dulu dia ssah sangat nak diajak jadi kawan sembang.Kalo dulu,dia la manusia yang paling rajin mengganggu ketenteraman orang lain.Tuu semua dulu.But now,there were a great miracles.Haha.Dia dah cukup berubah.Alhamdulillah.Err,aku memang rajin nak cerita pasal dia sbb bagi aku jarak umur aku ngan dia no so far.beza kitorang just 2 tahun je.Dia lah the only member yang boleh masuk ngan aku.Haha *layankan aje -.-"

Aku ingat lagi dulu aku jeles gilaa ngan abang aku.Time skolah rendah lagi.I don't know why.Tapi bila aku muhasabah diri balik.Heee,baru aku tau and I found the answer knape lah aku jeles sangat sangat kat dia.Okay,firstly ,time kitorang skolah rendah he always be the best among the best.Faham tak what I meant about?Bagi aku dia nie memang guy yang genius.Apa apa pon teachers memang suka mintak tolong kat dia.Haa *tu apa yang aku tau dari kengkwan pompuan dye la.Well said ,dia nie rajin ,top student and ketua pengawas that time.And memang jadi tarikan pompuan laa.Woaahhh,femes gituu.Hahaha.Beria sungguh :/ Aku memang suka bash abang aku.Haha.Terukkan?Secondly ,aku jeles sangat tengok result pekse dia .Alhamdulillah ,semuanya success .UPKK 8A ,UPSR 5A :) Mabrukk ya Akhii.

*solo yg pakai baju biru tuu.
Sumpah nak tergelak tengok zaman kanak kanak ribena dia nie.
Haha xD


Lepas tuu ,naik sekolah menengah aku yang jadi paling teruja bila dapat tau yang dia dapat banyak surat tawaran.Tapi yang buat aku bengang bila aku nak curi curi tengok surat dia ,confirm dia marah.Haiiisshh.Bengang bengang bengang sungguh aku!Sabar je lah time tuu.Last last,he made a good decision dengan pegi SEMESTI .Alhamdulillah mom and dad terima ngan keputusan dia.And bila dia blaah from this house ,and I'm so happy and I can feel the freedom.Haha.Takde lagi manusia yang boleh ganggu aku ,takde lagi manusia yang boleh nyibuk ngan aktiviti aktiviti aku.Haha.Semuanya nyamaaaan.Haha.

But ,semua tuu skejap je sebab apa?Sebab aku dah stat rindu nak gaduh ngan dia ,rindu nak jadi kucing yang selalu gadoh ngan anjing cam dia.Haha.Semuanya rindu laaa.Haha.Well said ,"Air yang dicincang takkan putus" Siblings la katakan :) Alhamdulillah again ,and dipendekkan cite abang aku success dalam SPM dia.8A's .Even dia mengharapkan lebih ,but Allah knows what the best for His servant .Ada hikmah di situ kenapa dia tak boleh dapat lebih dari tuu,okay brother.Anyway ,barakallahufiikk ya akhi .

Okaay,let me short the story.Lepas dia dah pegi masuk University nie ,dia lah yang jadi pembakar semangat aku untuk aku hadapi dunia luar yg lebih extreme nie.Haha.Kalau aku tanya dia "macam mana kat U ,best tak?"And rasa nak gigit je dia sebab dia jawab "Ntah la.Biasa je.Pastuh buat muka innocent.Kalo lah gergaji ada kat sebelah aku dah lama aku tetak dia hidup hidup.Sebel punya pasal -.-"But bagi dia dunia cari kawan kat U nie senang je.And senang terpengaruh.So,he warns me early early dah,dia kata ,"kalo nak berjaya pandai pandai cari kawan yang elok skit,cari yang rajin study."Haaa,OKAY BRO :)

Alhamdulillah ,he made a great and good decision sbb pilih kos yang dia minat even mula mula dia dah terpesong.Haha.Mahu taknya muka nak nangis time bagitau kat ayah yang dia tak minat the first cos that he chose.Haha.Salah sapekan?Huahua.Kali nie dia dah jadi abang yang hebat kepada aku.Haha *hebatlah sangat kan?Dia dah nampak matured dalam semua benda yang dia dah buat.Oh yeah 93's guy.Haha .

Pasnie takde lagi dah istilah jiwa kacau ,or budak mentah mentah lagi and one more thing dialah abang aku yang hensem.Haha.Haiihh.Jap jap.Meh muhasabah diri gak.Adekah aku pon macam tuu jugak?dari kanak kanak ribena nanti bertukar jadi seorang budak ,ehh tak.bukan budak tapi seorang remaja yang matang dari segi attitude and wajah?Haha.Takde la takde la.Memain je..Kenapalah aku rajin sesangat nak cite pasal dia nie?Selalunya aku nie pemalas sikit.Haishh -.-Mau taknye,tengah rajin sangat nie.Rajin nak merepek .Rajin nak bash abang sendiri.Even dalam pengisian nie,banyak cite yang memuji sakan dia nie .Haha.And now,tangan ajak menari atas keyboard lah.Haha.Okaylah , pasnie aku update lagi banyak pasal brothers aku yang lain ye.Haha.Wallahualam.

Ohh brother,kenapa lah buruk sangat buat muka cenggitu?Abis hensem la tu?
Muhammad Zarul Hatiem.

NOTAHATI :Six days to go.Result SPM :(  21 .03 .2013



All the Best :')
Tuesday, 5 March 2013 , 18:32 , 0 Comment[s]
Assalamualaikum

Seminggu nie bagi aku ,sangat sedih.Ntah la.Aku tak tau nak cerita macam mana.Kadang kadang menulis lagi mendamaikan dan menggembirakan daripada bercerita direct dekat orang.Aku bukan apa ,aku jenis yang susah sikit nak cakap cakap hal yang menyedihkan dekat kengkawan tak pun dekat family .When I sad, I stop being sad and be awesome instead.Sometimes ,it works :) Daripada aku terus bersedih ,ntah sampai bila nak berakhir kesedihan tu pon aku tak tau and takkan pernah tau.Sbb dalam hidup nie kesedihan and kebahagiaan tuu silih berganti datang.Cuma kematangan kita dalam menempuh hari hari yang mendatang tuu perlu.So ,ape ape pun kita mesti kuat, kan?Hee :)

Memang orang selalu kata aku sedih  ke nangis ke semua tuu diorang tak nampak .Haha.Macam kelakar pun ada.Tapi jujurlah aku cakap yang aku tak suka buat orang kat sekeliling aku sedih.Even aku pernah buat orang terasa ngan sikap aku,at least aku tetap berusaha nak mintak maaf balik kat orang tu.Well,sesal laa katakan.Hee :P

Ye,aku jujur.Memang dalam minggu nie aku sedih sebab ada something yang membuatkan aku nangis.Tapi takde lah teruk sangat -.- ala kadar je nangis.Time tu pukul 5:30 pagi *tengok ,siap mention waktu lagi tuu .Hee.Aku nangis lepas dapat text .Lepas dapat text tu ,aku terus tak boleh tidur and keluar bilik duduk bawah lepak kat ruang tamu .Lama aku duk termenung.Smpai la nak kat abis waktu subuh.*dasatkan aku termenung. Aku fikir mungkin semua nie memang betul betul dah berakhir.Sebab dari dulu lagi aku nak sangat benda nie berakhir.Tapi bila lama lama aku pikir balik,aku tak nak berakhir macam tu je.Aku nak berakhir ngan sesuatu pengakhiran yang baik.Tapi tak sangka ,time 4 MAC ,SEMUANYA BETUL BETUL TAKKAN TERJADI LAGI.Aku redha and pasrah.Even hakikatnya Allah je yang tau rasa sakit and sedih yang aku alami buat masa nie :')

6MAC
Perasaan aku sekarang nie?Aku pun tak tahu.Mungkin apa yang terjadi nie memang dia nak sangat cuma dia tak tau nak bagitau aku.Tapi aku lega sebab dia mampu berterus-terang dengan aku sebab dia tak nak jiwa dia seksa sebab aku.Dia tak nak dia merana sebab aku.Dia tak nak terbeban dengan banyak masalah disebabkan aku.Aku pun tak nak disebabkan aku ,dia akan menyesal seumur hidup.Hmm ,aku tak tau nak cakap macam mana lagi.Kalau dulu phone sentiasa jadi peneman aku ke mana je.But now,bunyi phone pon aku tak sedar.Aku letak merata-rata.Sian phone.Rasa terhina sangat phone tuu bila jadi hamba aku.Hee.*takde la.memain je.

And now rasa sakit tuu berkurang.Biarlah berkurang sikit sikit.Setidak-tidaknya aku cuba untuk lupakan apa yang pernah terjadi dalam hidup aku tentang dia.Aku ada misi aku.And dia pun nak aku berjaya.Aku akan ingat setiap pesanan dia.Kata-kata semangat dia.Even dia lupa apa yang dia penah bagitau kat aku,at least aku ingat.Sebab setiap pesanan yang bermanfaat dari dia tuu ikhlas untuk aku.Aku berterima kasih sangat dekat dia.Alhamdulillah Allah .You send me a perfect one to guide me even just for a short time ;') All praise is due to Allah.

This is for you :


There’s a part of me that feels that this will finally give me some closure, or at least for the time being some satisfactory and peace of mind. Not a day goes by where I sometimes wonder just what it was that initially set the spark for you and I. A lot of me, when I think about it, realizes that it was through the multiple roleplays you and I had together that ranged from passionate smut to adorable feels that meshed with the fear of losing you as a friend when times began to become rough between us. I was at a point in my life where it was either you and me, or my other two companions whom I would always voice chat with. 

There came a time that when I did not have their company, I began to find it through you. The more I think about it the more I realize how selfish I was in the past, and it disgusts me. But you have to realize, it was through fear of losing you as a dear friend that set all the other emotions into action. Or maybe it was because I wanted to constantly be that standing stone for you. I saw myself in a ways considering you and I have always had our age differences. I saw what you were going through, and realized that you needed emotional support, in the best ways that I could ever give you; words. I made sure you realized your worth, that life would get better and soon you’d see past the young, and troubling teen years as high school would continue. 

Half of me wonders when the spark of love truly left you too, and some of me feels as if it left around the same time as mine did, and both of us were just beating around the bush not wanting to admit to it fully. I felt abandoned and brushed off, considering after we had broken off finally, about a week or so later you got yourself a boyfriend. You were able to accomplish all that you wanted. A boyfriend, someone to be physical with. I was the emotional strength for you, but I could not be what that boy can. I am not angry at him, and all in all I am truly happy for you, because in a ways I can see now that I am sure even you are realizing that life is not as bad as how it started out to seem.


But you know, in a ways, I am also okay with not finding that spark with another, too. Before you and I became something, I was your best friend. I was there for you when you needed it, your cornerstone for when something bad went down and you needed someone. I have always told myself, that in the end if I cannot be someone’s significant other that I truly, truly care about, being the best is all I can aspire to be. Being your best friend is what I know how to do best. 

I know that our friendship is in the past now, and I hope that when you look back on it, you will see.And I hope that, through our years of knowing each other, I was a significant part of your life, if just for a moment. I was a new chapter, and now that we have ended, another chapter begins for you just as it begins for me as well.

Wishing you All the Best~ 

NOTAHATI:Segala Apa Yang Berlaku , Membuatkan Siapa Kita Hari Ini . Kita Belajar Dari Masa Lalu Kita Itulah Bagaimana Kita Untuk Menjadi Lebih Baik :)


Pesanan :)
, 16:13 , 0 Comment[s]
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)



Benda biasa bila sebulan sekali je update akan rasa kekok semacam nak menulis. Allah, macam-macam yang Allah bagi, nikmat, ujian, bercantum sekali demi nak memantangkan diri . Alam maya tak sama dengan alam realiti. Alam realiti lebih sibuk, lebih memerlukan khidmat diri :’) InsyaAllah, as long as aku ada masa nak menulis, aku akan menulis, sbb mungkin lepas ni entah-entah dua bulan sekali pulak update eh.Let the hands dance at the keyboard.hee :)


'Ramai yang takut untuk yakin diri kerana risau dikatakan berlagak. Ramai yang takut untuk menonjol kerana risau akan riya'. Macam tu la permainan syaitan, gagal membawa kita direct dgn ajakan keburukan, mereka akan mematikan kemaraan kita dengan alasan-alasan kebaikan.


Jangan takut dengan persepsi dan pandangan orang terhadap kita. Bukan pada kuasa mereka untuk menilai, pada Allah jualah penilaian itu. Dan kerana Allah sahajalah kita berusaha, bukan kerana manusia berkata apa' aku petik kata-kata Hilal Asyraf dalam instagram beliau :)


Aku percaya banyak cara dan jalan yang Allah bentangkan untuk meng-awesome-kan kita. So that, kita boleh jadi manusia yang lebih baik dari sebelum-sebelum ni, well tak kan kita nak berada pada tahap itu je, zon selesa, langsung tak nak berganjak, langsung tak ada kesedaran untuk kesiankan diri sendiri yg lapar rohani.


Dalam nak mengajak diri sendiri dan orang lain untuk menjadi baik, macam-macam ujian kena tempuh, fact. Bila buat baik, ada je orang tak suka, bila buat jahat lagi la orang mengata kan? Kalau kita fikir nak puaskan hati manusia semata mata memang sampai bila-bila kita tak akan mampu, ya, aku cuma pegang satu je, buat je apa yang Allah suka, tinggalkan apa yang Allah tak suka. Senang walaupun susah sebenarnya :)


Dan aku jugak percaya yang Allah tak akan berhenti memberi berita gembira kepada kita kalau kita ikhlas untuk memperbaiki diri, dihantar-Nya kita sahabat yang soleh solehah, diletakkan kita dalam biah (suasana) solehah, dilembutkan hati untuk menerima nasihat daripada orang lain. Allah yang bagi ujian, dan Allah jualah yang menunjukkan jalan, guide untuk ke jalan yang benar. Setiap ujian, nikmat semua tu datang untuk mematangkan kita.



Sahabat kerap kali berpesan; ujian dan nikmat saling berkaitan. Ya saling mengingatkan hal yang satu ni. Diorang ni macam bestfriend la, once kita dapat nikmat tup tup ujian datang menyapa, it’s normal. Lalui dengan matang dan tabah.


Ya mungkin akan ada pahit, kita kena menangis, sometimes menderita and so on, so that kita boleh rasa kebahagiaan pada masa akan datang. Kebahagiaan, kegembiraan semua tu sometimes kita kena bayar dengan air mata kan :) tak akan dapat free. Kalau hari ni semua manusia nampak kita HEBAT, diorang tak tahu yang sebenarnya kita pernah HEBAT menderita, dan Allah jualah yang Mengetahui dari A sampailah Z, dari hujung rambut hingga hujung kaki, setiap penjuru masalah yang datang, setiap inci isi hati, semua Allah tahu, takde manusia yang tahu sedetail tu, tak ada.


Dan bila hari ni, kita boleh mengadu dan mengadu pada manusia, esok mungkin dia dah boring, seminggu dua boleh la tengok-tengok kita lagi, boleh lah nak nasihat itu ini, tapi lama-lama semua tu kita KENA WAJIB handle sendiri. Untuk ubah diri sendiri adalah DIRI kita sendiri. Dan sesungguhnya hanya diri kita yang faham diri kita sendiri, orang lain tak. Seriously, kalau kita beriman dengan sebenar-benar Iman, benda negative yang terjadi pun kita boleh fikir positive side lagi. Betullah hadis yang satu ni, sangat menjadi motivasi;

“Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” [HR. Muslim]

Hari ni, kita akan bersyukur dan berterima kasih sebab pengalaman pahit suatu masa dulu tu dah bertukar jadi something yang sangat manis at the end. Alhamdulillah. Jangan lupa sujud syukur, serahkan ketaatan kepada-Nya seluruh jiwa raga. Actually, Allah dah menjawab doa kita lebih dari apa yang kita minta. sungguh banyak. :') Allah dah bagi terlalu banyak. Allah dah bagi kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini dengan bermacam-macam cara yang kadang-kadang kita tak nampak, sangat halus. Pilihan Allah itu adalah yang terbaik, seriously! So kita kena banyak banyak banyak bersabar dengan setiap dugaan Allah dan ingat setiap kenikmatan  yang Allah beri kepada kita tuu hanyalah sementara.Okay,conclusionnya,bersyukurlah kawan :)




NOTAHATI: sorry sorry sorry kalau terpanjang, dah lama tak menulis sekali menulis haaa banyak pulak membebel -,-‘ ni buat bekalan akan datang la kiranya, tak taw bila nak update apa lagi.Ukhuwah fillah abadan abada ;)







Missing?
Monday, 4 March 2013 , 17:05 , 0 Comment[s]



Assalamualaikum

Hidup nie penuh dengan tanda.Ada mcm-mcm tanda.Tanda yang paling aku tak suka tanda noktah.Sbb noktah bagi aku seolah-olah bermaksud pengakhiran sesebuah cerita.Okay,stop merepek.Sekarang let the hands show you and tell you,what I try to mean about :)


Syesly ,kalo dpt putarkan waktu ,aku akan cuba untuk hargai setiap detik dengan korang,kawan.
Since kita semua dah abis exam aritu,payah mmg usah kata la,sbb aku jarang dpt jumpa korang.
Sesape yang dekat dekat umah dengan aku tuu ,hmm.Coopp ,tak semestinya rumah dekat boleh selalu jumpa ,but semua mcm katak di bawah tempurung ,nak memerap dekat bawah ketiak mak je
 *okay,nie aku tipu je .

Well said ,semua dah jauh jauh.Kalo dekat hostel tu ,it's easy for us to know where we're going,
with whom and whatever we did ,right?But ,semua tuu kalau and kalau kita dapat undurkan waktu .
Semua yang berlaku tu hanyalah pengalaman.And pengalaman la yang banyak mengajar aku erti kehidupan sekarang.Kalau dekat ostel dulu ,aku la hero yang selalu duk ganggumembe membe aku yang tengah study la,yang tengah sembang la.

And yang paling aku suka ganggu ada sorang membe aku yang tengah tidur.
Mcm mane aku gnggu dia tidur tuu hee tu rahsia antara ku dan dia.Haha.Haa,tak yah mention sape dia rasanya takpe kot.Heee*okay,lap air mata.Kadang-kadang ,aku teringat memory aku dengan cikgu cikgu.Syes ,aku rindu cikgu addmath n mathmode aku .Aku suke cara beliau ngajar .
UNIFI sungguh.Unifi unifi pon tetap HEBAT!*tuu tademark kelas.Si  budak Syafiqah Musa yang bagi.

Kalo time kelas PHYSICS lak ,aku dah la duk kat bahagian table last lak tu ngan kengkawan.Memang "nampak" sangat la aku sebab dapat duduk bahagian last sekali -.-Aku dapat meja last sebab time tu ada perjumpaan Pengawas,but then semua duk berebut nak duduk bahagian depan sekali.*Okay,ada ke yang nak meja last.Lepas dah habis perjumpaan ,aku ngan a few more friends berlari mcm ada acara marathon je gayanya pecut pecut kitorang nak dapatkan meja yang first gitu.Last last,masuk je lab ,kengkawan yang lain,semua dah senyum senyum kambing dah.Ye lah happy la tu sebab dah dapat meja depan.
Sadis sungguh :(Takpe lah.Kitorang think positive,maybe kalau dudukmeja belakang belakang ni dapat la perhatian lebih dari cikgu.Heee.takpelah.KAMI REDHA.Okay,tutup cerita pasal chopp choopp meja nie.

Dah abis dah.Okay,pasal BIOLOGY lak.Huwargghh,rindu ngan teacher Rodiah.
Syes rindu ngan teacher.Teacher laa the one that always keep on supporting me
 when I failed BIOLOGY for the first time waktu form 4 dulu.Teacher selalu kata
  "Its okay,Atilah,remember even you failed,it doesn't mean you failed for the rest of your life"
.Rindu rindu rindu ;') Teacher,saya ingat lagi time waktu rehat,saya nangis tak nak pergi dewan makan and terus datang dekat teacher ,pastuh nangis.I'll never forget that moment .Thank you teacher!

Okay ,back to normal .CHEMISTRY ,SEJARAH ,BM ,BI ,PQS ,SY ,ARAB :) Aku tetap ingat kenangan dekat sekolah sampai bila bila InsyaAllah :DOkay,kalo nak cerita pasal kenangan memang sedih.But but ,rasa rindu tu tetap takkan dapat hilang sampai bila bila.Remember ,all those memories will always keep in my heart ;)


NOTAHATI:Right now,I miss u guys ,buddies :)


gt;">amp;gt;">Older Post |