// MUSIC ♥
Disclaimer


BILA TANGAN MULA BERKATA-KATA :)

Back to entry
Meet the owner
Exchange links




Let's Chat!



Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® NAZATUL ATILAH 2012.


Older Posts →
Dear Friends :')
Friday, 24 May 2013 , 20:39 , 0 Comment[s]



Tiba tiba aku terfikir ,sepanjang 18 tahun aku dah hidup ,apa sumbangan aku untuk agama or ummah ?
ada ke aku sumbang pape ?bila fikir pasal ni , aku rasa SUCKSS gila ,teruknye aku ,
18 tahun bukan lah umur yang muda lagi ,umur 18 dah cukup matang untuk membezakan yang baik dan yang buruk ,dah cukup matang untuk mengeluarkan idea idea yang bernas ,dah mampu untuk memimpin ,dah mampu nak mengubah dunia.

okay , lets not talk about global , skop negara pun tak payah lah sentuh dulu ,what if kita start dengan persekitaran kita , or lebih spesifik , yang selalu rapat dengan kita ,KAWAN kan ,pernah tak kita terfikir ?
dah cukup baik kah kita sebagai seorang kawan ?aku pernah terjumpa satu quote

"kawan yang baik ialah :apabila kita tengok dia , kita ingat Allah ,bila bercakap dengan dia , ilmu kita bertambah ,setiap tingkah laku dia mengingatkan kita kepada akhirat "

so lets think ,ada kah kita sudah memenuhi kualiti untuk menjadi kawan yang baik ?kadang kadang aku terfikir ,adakah aku lagi senang membuatkan kawan kawan lagho or buat kawan kawan ingat Allah ?ade tak dorang ingat Allah bila kawan dengan aku ?ade tak action aku yang buat dorang terfikir pasal hereafter ?ade tak ?korang ? ade tak ?

Ya Allah , baru aku sedar ,aku masih terlalu jahil mengejar dunia ,patut lah lately , semakin lama semakin aku rasa hidup aku kosong sangat sangat ,walaupun pada zahir orang lain macam tengok senang je aku dapat nikmat pelbagai ,tapi korang bukan duduk di tempat aku sekarang ,kalau lah korang boleh rasa ape yang aku rasa sekarang , semuanya KOSONG -bukan lah nak kata aku tak bersyukur or what  ,
cuma aku tak boleh rase nikmat tu bila mana aku sorang je dapat,tapi aku nak mampu nak tarik kawan kawan sekali ,aku rase KOSONG -aku tak mampu nak describe macam mana rasa tu .

aku rasa aku terlalu sibuk memikirkan dunia ,dulu aku sibuk fikir pasal exam , result , scholarship . universiti ,  and so on ,sibuk fikir dan takut ape nak jadi kalau tak dapat scholarship ?ape jadi kalau kat Universiti nanti gagal ?ape jadi kalau aku tak dapat kerja best best , gaji ciput and bla bla bla ?
tetapi kadang kadang aku termenung sendiri ,aku terlalu mementingkan diri , aku fikir masa depan aku , pastu nak yang baik baik je pulak tu .rasa nak hidup bahagia je sepanjang masa , dan masih pegang prinsip "lantak la dorang , janji aku bahagia".suddenly , gambaran wajah saudara saudara palestin kita muncul kat kotak fikiran aku .

ye , aku terlalu fikir masa depan aku .tapi aku lupa pada mereka :'(
nanti kat akhirat kita semua akan disoal , ape sumbangan kita untuk Islam?ape kita buat waktu saudara saudara kita tengah dalam kesusahan , penderitaan ?and at that time , ape yang kita mampu jawab ?
kita nak jawab camni ke "entah lah , tak terfikir pulak ,dulu fikir pasal diri sendiri je"fikir !

18 tahun hidup ,mungkin kat sekolah kita pernah dapat anugerah macam macam . tokoh itu lah , tokoh ini lah ,dan macam macam lagi kejayaan yang kita tempa kat sekolah ,tapi guys , ape je yang kita dah buat untuk Islam ?atau ape sumbangan kita untuk ummah ?

persoalan persoalan ni mesti selalu kena ada dalam kotak pemikiran kita ,supaya kita sentiasa beringat ringat dan saling mengingat ,yang menaik kan lagi semangat aku untuk menulis post ni adelah sebab ,
 beberapa  minggu lepas aku join program kembara hadis di tempat aku, aku jadi fasilitator yang disertai oleh budak budak kecik umur 6-12 .dan aku and sorang lagi partner aku dapat satu group ,
and tanggungjawab kami ade lah untuk melatih budak budak tu menghafal hadis .baru aku tau , susah sangat ,.bayangkan lah kalau ade yang dah besar pun susah nak suruh hafal ,
ni pulak nak suruh budak umur 6 tahun yang masih terlalu mentah untuk memahami maksud maksud ayatuntuk menghafal hadis .

tetibe pulak semalam aku jadi penyabar gila , ajar dorang baca dan hafal satu satu .
tetapi at that time jugak , aku dapat rasa sangat lah mulia tugas seorang guru ,tambah tambah guru agama yang nak membaja students dengan ilmu ilmu dunia akhirat .and aku dapat rasa perasaan yang OHSEM bila kita ajar , dorang paham dan dorang ikut .rasa macam aku dah menyumbang sesuatu kepada ummah ,
O' Allah . moga amal tu menjadi salah satu sumbangan ku kepada islam dan ummah :)


okay , back to the topic ,

orang lain mungkin nampak aku macam sentiasa happy go lucky ,nampak aku macam sentiasa positif ,
nampak aku macam sentiasa nak motivate orang ,yeh but know what ? kadang kadang great talkers are little doers ,cakap tu adelah benda yang senang , tapi untuk melakukan adelah sangat sangat susah ,
sampai sekarang , aku masih dalam proses memotivasikan diri aku ,aku masih dalam proses mencari yang terbaik dalam diri aku.

  Nazatul Atilah adalah seorang yang ego

so true , ape yang orang nampak pada zahir aku as seorang yang happy and bla bla bla that .adelah kerana ego aku yang sangat tinggi ,ego aku menghalang aku untuk menunjukkan aku menderita , sedih , kosong and so on .ego aku menyuruh aku untuk berpura pura jadi kuat , heartless .tapi hakikatnya aku tersangat lah rapuh . hanya Allah je tau aku macam mana .aku tau , masih ada benda yang aku masih belum buat :'(

guys , aku mintak maaf tersangat sangat ,aku maybe bukan kawan yang baik ,
aku tak mampu nak cakap kat depan , bagi tazkirah and so on .aku pun bukan baik mana , terlalu banyak cacat cela . banyak sangat :'( .kadang kadang aku rasa kawan kawan aku adelah jauh lebih baik dari aku .
guys , aku nak korang ingat ni ,jangan rasa jealous dengan nikmat dunia yang orang lain dapat tapi korang tak dapat ,tapi jealous lah dengan nikmat akhirat nanti , itu jauh lebih baik dan bahagia bagi orang yang dapat .guys ,  please reminds your friends of Allah .mungkin kita leka sebelum ni but its not to late ,
why dont kita merajinkan diri text kawan kita tetibe "eh , jom solat dhuha nak ?"
kalau aku dapat text cemtu , aku mungkin akan rasa malu sikit dan lama lama kita akan terdorong untuk buat sekali ,tak pon post kat fesbuk " baca dengan suara sekejap , Astaghfirullah-astaghfirullah-astaghfirullah, erm , dah 3 tiitk hitam kat hati berjaya dibersihkan :) "
status macam ni ade lah so great , sebab kita mengajak kawan kita beristighfar seketika walaupun dengan sekadar membaca status kita .

erm . jom lah kita menyumbang sesuatu kepada Agama dan ummah ,
tak banyak  , sikit pun dah ohsemmm .



notakaki : tengah cuba sembuhkan penyakit penyakit hati




gt;">amp;gt;">Older Post |